Kempen itu semakin meningkat ekoran kebimbangan susulan tindakan penindasan di beberapa negara Komanwel khususnya di Afrika.
Buat masa sekarang, 38 daripada 54 negara anggota Komanwel menetapkan perbuatan homoseksual sebagai satu jenayah dengan peruntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan, misalnya di Malaysia.
Hak kumpulan homoseksual dan lesbian tidak diiktiraf di Malaysia. Negara mengekalkan peruntukan kanun keseksesaan yang wujud sejak era penjajah.
Sikap sosial ke arah komuniti homoseksual juga dipengaruhi nilai Islam ─ agama persekutuan di negara ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan tuduhan liwat kali kedua sekarang.
Dalam satu nota diplomatik kepada Washington DC yang dibocorkan oleh WikiLeaks, Duta Amerika Syarikat James R. Keith ada mengatakan bahawa seorang anggota Kabinet dan beberapa pegawai kanan Datuk Seri Najib Razak sudah pasti akan berhadapan siasatan berhubung tabiat homoseksual jika kerajaan benar-benar mengutamakan kempen moral.
Kes terbaru kecaman ke atas kumpulan homoseksual di Malaysia ialah pengumuman seorang pastor Malaysia yang mahu berkahwin dengan rakan hidupnya.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mengecam rancangan perkhawinan itu dan menggesa kerajaan menghentikan upacara tersebut.
Selain Malaysia, negara-negara lain termasuk Sierra Leone, Pakistan, Tanzania dan Bangladesh mengenakan hukuman penjara seumur hidup.
Kaleidoscope berkata sementara banyaka negara ada organisasi hak asasi homoseksual, tiada badan antarabangsa yang menyelaraskan tindakan mereka.
Kumpulan itu mahu tindakan ke atas kerajaan masing-masing meminda undang-undang sedia ada, khususnya di negara-negara Komanwel.
Hampir kesemua negara Komanwel, undang-undang antihomoseksual adalah legasi penjajah.
Ia diperkenalkan oleh Britain pada abad ke-19 dan tidak pernah dimansuhkan sejak negara-negara terbabit mencapai kemerdekaan.
http://www.kl-today.com/2011/09/ada-usaha-sahkan-gay-kalangan-komanwel/
No comments:
Post a Comment