Tuesday, September 13, 2011

Shahnaz mahu ketepi peguam anak Taib

Shahnaz mahu ketepi peguam anak Taib
Abdul Rahim Sabri
Sep 12, 11
4:56pm

Shahnaz Abdul Majid akan memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mengetepikan kelayakan (disqualified) peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili bekas suaminya, yang juga anak ketua menteri Sarawak.

Dalam permohonan lisan kepada Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kuala Lumpur Datuk Mohamad Abdullah, peguam Shahnaz berkata, pelantikan Zainul Rijal sebagai ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) boleh menimbulkan tekanan kepada mahkamah.

"Konsep ini perlu diketengahkan kerana (saya) tidak mahu unsur-unsur negatif dan tohmahan kepada anak guam saya," kata Dr Rafie Mohd Shafie (gambar bawah, kiri).

shahnaz abdul majid lawyer rafie mohd shafie akbardin abdul kaderIni kerana, tambahnya, berdasarkan seksyen 41 Akta Pentadbiran Undang-undang, perlantikan ketua hakim syarie dan hakim mahkamah rayuan syariah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat menteri selepas berunding dengan ahli MAIWP.

Sehubungan itu, itu beliau mahu mendapatkan pengesahan daripada Zainul Rijal berhubung perlantikan tersebut.

Dr Rafie memberitahu media, selepas prosiding mahkamah, Zainul Rijal dilantik pada bulan Ogos lalu.

Dalam prosiding tersebut, Zainul Rijal mengesahkan menerima surat perlantikan sebagai ahli MAIWP tetapi tidak ingat tarikh ia berkuatkuasa.

NONE"Adapun permohonan isu yang dibangkitkan saya sebagai ahli majlis, sama ada, (wujud) konflik kepentingan, ia perlu dibuat (dan) ditulis (dalam afidavit).

"Tidak patut ditimbulkan dalam prosiding ini," kata Zainul Rijal yang mewakili bekas suami Shahnaz (kanan) Datuk Seri Mahmud Bekir Abdul Taib dalam tuntutan harta sepencarian berjumlah RM400 juta.

Menurut Zainul Rijal, jawatankuasa peguam syarie Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab menentukan sama ada wujud konflik kepentingan ataupun tidak.

"Dirujuk kepada jawatankuasa itu sama ada wujud konflik kepentingan (berhubung perkara itu).

"Sekiranya jawatankuasa peguam syar'e berpendapat (wujud), saya akur dengan keputusan tersebut," katanya sewaktu prosiding itu.

Mohamad sewaktu membuat keputusan berhubung perkara tersebut, berkata beliau mengarahkan Dr Rafie memfailkan afidavit permohonan untuk penarikan diri Zainul Rijal bagi kes yang sedang beliau kendalikan.

NONEMalah Mohamad turut berpendapat pemohon juga menulis surat kepada jawatankuasa peguam syarie yang mengeluarkan sijil peguam di Wilayah Persekutuan berhubung perkara tersebut.

Selain Dr Rafie, Shahnaz yang juga kakak ratu jazz Sheila Majid, turut diwakili Akbardin Abdul Kader.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan supaya kedua-dua pihak memfailkan jawapan dalam bentuk afidavit berhubung kegagalan Mahmud Abu Bekir (atas, bersongkok) mematuhi tuntutan Shahnaz berhubung perintah mengenai harta sepencarian pada 30 September ini.

"Afidavit (perlu) sebab senang saya nak semak, supaya keadilan dapat diputuskan," kata Mohamad sebelum menangguhkan prosiding itu.

Mohamad menetapkan penghujahan kes pada 21 Oktober, sementara keputusan akan dibuat pada 1 November depan.


http://malaysiakini.com/news/175573

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...