Tuesday, September 13, 2011

Peniaga Cina tak puas hati subsidi dipotong

Peniaga Cina tak puas hati subsidi dipotong
Lee Long Hui
Sep 12, 11
7:17pm

Lebih 80 peratus daripada komuniti perniagaan Cina yakin bahawa pengurangan subsidi akan menyebabkan inflasi yang lebih tinggi dalam jangka masa terdekat.

Dan, walaupun bersikap optimistik mengenai prospek ekonomi antara sekarang hingga 2013, mereka menjangkakan pertumbuhan yang lebih perlahan akan diumumkan bagi separuh pertama tahun ini.

Ini berdasarkan polisi kerajaan, persaingan domestik, peningkatan kos operasi dan harga bahan mentah serta kekurangan sumber manusia.

Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) president William ChengPerkara itu adalah antara penemuan kaji selidik yang dibentangkan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) pada sidang akhbar hari ini.

"Kira-kira 73 peratus daripada responden mendakwa bahawa pengurangan subsidi akan memberi kesan negatif ke atas perniagaan," kata laporan yang dibentangkan oleh presidennya Tan Sri William Cheng dan ketua jawatankuasa perdagangan Leong Kai Kin.

Cheng berkata, terdapat banyak kebimbangan tentang kos sara hidup yang memuncak akibat harga makanan yang semakin meningkat dan pelarasan skim subsidi. Menurutnya,"mengawal tekanan inflasi akan menjadi cabaran terbesar bagi kerajaan".

Kaji selidik itu menyaksikan 670 borang dihantar. Daripada jumlah itu, 286 atau 42.7 peratus dikembalikan.

Responden terdiri daripada mereka di sektor pembuatan, perkhidmatan profesional dan perniagaan, sektor pemborongan, peruncitan, pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/175601

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...