Friday, February 13, 2009

13 komponen BN akur calon pilihan raya kecil


KUCHING: Semua 13 parti komponen Barisan Nasional (BN) akur keputusan pucuk pimpinan mengenai calon yang dipilih bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil yang bakal diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perbezaan pendapat berlaku mengenai calon yang dipilih kerana setiap parti komponen terbabit merasakan wakil masing-masing mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

“Ini bukan perkara baru, lebih-lebih lagi jika kawasan itu mempunyai pengundi pelbagai bangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan di bawah pakej rangsangan ekonomi negara 2009 bagi sekolah bantuan kerajaan mubaligh negeri Sarawak dan Sabah, semalam.

Najib sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Sarawak. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...