IPOH: Pakatan Rakyat Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir melantik tiga penasihat kepada Menteri Besar sebagai salah guna kuasa dan membazirkan wang rakyat.
Kelmarin, Dr Zambry mengumumkan pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam Penasihat Hal Ehwal Masyarakat India dan Datuk Mohd Najmuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama selain mengumumkan pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak.
Bekas Exco kerajaan negeri yang juga Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata pelantikan itu dibuat tanpa kelulusan dalam mesyuarat Exco kerajaan Perak dan juga melanggar peruntukan undang-undang tubuh negeri.
Katanya, pelantikan semua mereka ini tidak memiliki taraf Exco, tetapi akan menikmati kemudahan sebagai seorang Exco.
“Tindakan yang dibuat ini akan membawa implikasi kepada kewangan kepada kerajaan negeri dan boleh dipandang sebagai satu bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya ketika ditemui di SPRM negeri di sini semalam.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213091651/Article/index_html
No comments:
Post a Comment