PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Bukit gantang, Kamarulai Suleiman dan calon Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim dipercayai antara nama yang dipertimbangkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Kamarulai merupakan bekas pegawai penyelidikan dan penerbitan di Kolej Darul Ridzuan.
Kamilia, seorang peguam merupakan Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar danh mempunyai ikatan kekeluargaan di Bukit Gantang.
Umno bahagian Bukit Gantang mahukan anak tempatan mewakili mereka dalam pilihan raya kecil kali ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil.
Ia perlu diadakan ekoran kematian penyandangnya Roslan Shaharum daripada PAS, Isnin lepas, akibat serangan jantung
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN diwakili oleh Bendahari Umno dan Ketua Umno bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Azim Zabidi.
Roslan menewaskan Azim dan calon Bebas, M.Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.
Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata beberapa nama anak tempatan yang dicadangkan oleh Umno Bahagian Bukit Gantang sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang akan dibawa kepada pucuk pimpinan untuk diputuskan.
Beliau berkata, senarai nama berkenaan akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan oleh pucuk pimpinan.
"Kita sudah menerima beberapa nama yang dicadangkan oleh bahagian... pucuk pimpinan akan membuat penilaian. Asasnya calon mesti yang disukai oleh rakyat," katanya selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan Umno Bahagian Bukit Gantang di sini..
No comments:
Post a Comment