Friday, February 13, 2009

Michael dijangkiti penyakit kulit

Michael dijangkiti penyakit kulit


GAMBAR menunjukkan tompokan kemerahan terdapat 
di bahagian tangannya ketika dia berada di Los Angeles
baru-baru ini.


LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson kini menghadapi penyakit jangkitan kulit akibat pembedahan plastik di hidungnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi yang berumur 50 tahun itu kini dipercayai menerima rawatan perubatan di sebuah klinik terkenal di Beverly Hills.

Jangkitan kulit itu kini merebak ke seluruh tubuh badannya.

Dakwaan itu adalah yang terbaru selepas Michael menafikan laporan media pada Disember lalu dia menghidap penyakit paru-paru pada Disember lalu.

Seorang pakar bedah, Dr. Anthony Youn yang tidak pernah merawat Michael menyatakan kemungkinan jangkitan itu berlaku ketika penyanyi tersebut melakukan pembedahan di bahagian hidung.

Beberapa saksi berkata, kulit di bahagian tangan dan mukanya mempunyai tompokan kemerahan dan ungu.

Pipi penyanyi itu yang pernah popular dengan lagu Beat It dikatakan bengkak.

"Jangkitan itu sudah merebak ke bahagian muka dan tubuhnya manakala doktor berusaha sedaya upaya merawatnya," kata satu sumber.

Jurucakap Michael tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung berita terbaru itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...