Friday, February 13, 2009

Kegawatan Ekonomi Dunia - Buka ruang melancong ke luar negara

Buka ruang melancong ke luar negara


KUALA LUMPUR: Keadaan ekonomi lembab di seluruh dunia sebenarnya membuka peluang untuk rakyat negara ini mengambil kesempatan melancong ke luar negara sambil menjimatkan kos.

Timbalan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Datuk Khalid Harun, berkata kedudukan semasa nilai matawang sesetengah negara di Eropah dan Asia Barat mampu menjimatkan belanja rakyat Malaysia berbanding sebelum ini.

Menurutnya, seharusnya keadaan yang berlaku itu dapat digunakan sepenuhnya rakyat negara ini yang berhasrat untuk melancong ke luar negara.

“Matawang kita ketika ini agak kukuh berbanding beberapa negara pelancongan lain, oleh itu kita mampu menjimatkan wang tidak seperti sebelum ini,” katanya.

“Sebagai contoh, saya mampu menjimatkan wang ketika pergi ke Australia baru-baru ini yang sebelumnya diketahui matawangnya agak tinggi tetapi keadaan itu berlaku sebaliknya ketika ini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213085333/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...