Friday, February 13, 2009

Lelaki beli tangkal RM1,800 asyik malang


KUALA LUMPUR: Perkenalan seorang lelaki dengan rakan siber selama dua bulan bertukar malang apabila wangnya lesap diperdaya individu terbabit yang menjual tangkal azimat ‘palsu’ kononnya mampu memberi kuasa kebal dan memikat wanita. 

Wong Hong Ming, 25, mendakwa mula mengenali lelaki berkenaan melalui sebuah laman web sejak hujung tahun lalu yang memperkenalkan dirinya sebagai Superman dan mengaku seorang penilik nasib tersohor di negara jiran. 

Menurutnya, selepas lebih sebulan berhubung secara maya, lelaki itu menawarkannya dua tangkal yang didakwa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membuang sial serta memberi tuah kepada pemakainya. 

“Namun, untuk memiliki tangkal itu, saya perlu membayar RM1,800 kepada lelaki terbabit yang memberitahu kononnya ia sukar diperoleh dan hanya sesuai dipakai individu terpilih.

“Saya yang mempercayai kata-katanya bersetuju membeli tangkal terbabit dan membayar RM1,000 serta memberikan telefon bimbit sebagai cagaran,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. 

Hadir sama Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Menurutnya, dia terus menemui lelaki itu untuk mengambil tangkal terbabit sebelum memasukkan baki wang RM800 ke dalam akaun banknya.

“Selepas beberapa hari memakai tangkal itu, saya merasakan sesuatu yang pelik apabila sentiasa mengalami nasib malang dan tidak menentu. 

“Saya pergi menemui beberapa pakar tangkal terkemuka di ibu kota dan mereka memaklumkan tangkal itu palsu dan tidak bernilai,” katanya.

Katanya, dia cuba menghubungi lelaki terbabit beberapa kali, namun gagal.

“Menyedari ditipu, saya membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213085756/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...