TAIPING: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berpuas hati dengan persiapan Barisan Nasional (BN) Bukit Gantang terutama Umno yang bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
“Saya sudah berjumpa pemimpin BN dan pemimpin Umno bahagian Bukit Gantang selain pertemuan bersiri dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan mengenai persiapan BN menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gantang.
“Kita banyak belajar daripada pengalaman lalu dan akan memilih calon terbaik daripada anak tempatan bagi bertanding kali ini sejajar dengan hasrat disuarakan Umno Bukit Gantang yang mahu calon daripada anak tempatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup dengan Ketua Cawangan Umno bahagian Bukit Gantang di dewan pejabat Umno Bahagian, Simpang, dekat sini, semalam.
Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Exco Perak, Datuk Ramly Zahari, Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin dan Datuk Radzi Manan.
Katanya, pucuk kepimpinan Umno Bukit Gantang sudah menyuarakan sejak 23 tahun lalu, calon Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada orang luar.
Menurutnya, beberapa nama pemimpin anak tempatan yang layak dicadangkan Umno Bukit Gantang dan terserah kepada pucuk pimpinan parti menentukannya.
“Semua nama anak tempatan yang dicadangkan itu akan dinilai daripada pelbagai faktor dan kita akan pilih calon terbaik yang diterima rakyat,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213091608/Article/index_html
No comments:
Post a Comment