Friday, February 13, 2009

42 cedera gempa kuat di Indonesia


JAKARTA - Satu gempa bumi kuat yang berukuran 7.2 pada skala Richter di timur Indonesia mencetuskan amaran tsunami semalam.

Gegaran itu turut menyebabkan kejadian rempuhan berlaku kerana ramai penduduk di Kepulauan Talaud bergegas ke kawasan tanah tinggi untuk menyelamatkan diri.

Sebanyak 42 orang cedera sebahagiannya serius manakala ratusan rumah lagi rosak dalam kejadian itu.

menurut seorang pegawai di pusat krisis milik kerajaan, Rustam Pakaya, hampir 500 buah rumah rosak termasuk sekolah dan gereja.

Ribuan penduduk lain mencari perlindungan di beberapa buah tempat perlindungan.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan itu menyebabkan amaran tsunami disebarkan menerusi radio dan televisyen.

Bagaimanapun, amaran itu ditarik balik sejam kemudian.

"Kami berasa sungguh takut. Kami berlari sehingga ke sebuah bukit berhampiran. Aaya melihat beberapa orang lagi memanjat pokok," cerita seorang penduduk, Damiah Geruh. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...