Friday, February 13, 2009

Power Root nafi hantar SMS tawar hadiah RM20,000

KUALA LUMPUR: Khidmat pesanan ringkas (SMS) membabitkan minuman pemberi tenaga yang tersebar di kalangan orang ramai konon penerimanya boleh menjadi jutawan disangkal syarikat terbabit, Power Root Sdn Bhd (Power Root).

Justeru, Power Root meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan SMS tawaran hadiah RM10,000 hingga RM20,000 yang konon dibuat pihaknya.

Pengerusinya, Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah, berkata ini bukan kali pertama pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Power Root dalam menyebarkan SMS palsu untuk menipu orang ramai bagi mendapatkan keuntungan.

“Pihak terbabit dipercayai cuba meraih keuntungan daripada peraduan Anda Boleh Jadi Jutawan anjuran Power Root, anak syarikat Natural Bio Resources Berhad (Nat Bio) yang menawarkan ganjaran RM3.5 juta yang berlangsung selama tujuh bulan bermula 1 Ogos tahun lalu dan berakhir 28 Februari ini.

“Kami harap orang ramai tidak terpengaruh dengan SMS terbabit kerana kami tidak pernah mengumumkan pemenang menerusi SMS, sebaliknya kami sendiri akan menghubungi mereka melalui telefon.

“Isu ini sudah kerap berlaku dan dipercayai turut membabitkan beberapa syarikat lain. Oleh itu, laporan polis sudah dibuat memandangkan ini kali ketiga kami membuat pengumuman mengenai isu sama,” katanya.

Menurutnya, Power Root mengadakan peraduan terbabit setiap tahun dan hanya mengiklankan pengumuman peraduan itu melalui laman web, iklan di media cetak dan elektronik serta wakilnya.

“Kami meminta orang ramai mengabaikan sebarang SMS yang menggunakan nama Power Root kerana kami hanya memberikan hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional yang tidak memerlukan nombor akaun,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213085653/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...