dayana@hmetro.com.my
derma untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin." title="DERMA...Noraini (tengah) bersama Exco Puteri menghulurkan derma untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin." height="184" width="300" border="0"> |
DERMA...Noraini (tengah) bersama Exco Puteri menghulurkan derma untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin. |
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno akan menghantar dua pasukan awal hari ini bagi membuat persiapan awal menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad, berkata kedua-dua kumpulan berkenaan akan ditugaskan membuat persediaan awal untuk memastikan pengundi wanita terutama golongan muda berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
“Walaupun tarikh pilihan raya kecil belum diumumkan, kami tetap melakukan persiapan awal bagi memastikan kemenangan calon BN. Kami tidak mahu tunggu tarikh diumumkan dan mengambil keputusan untuk memulakannya dari sekarang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Puteri, semalam.
Menurutnya, Puteri akan melakukan pendekatan ‘Mesra Bersama Pengundi’ dan akan mendapat kerjasama daripada wakil Puteri setiap negeri sama ada pilihan raya kecil itu dilakukan serentak atau berasingan.
“Proses ini sama dengan meminang anak dara orang. Sebelum meminang kita perlu kenal mereka dulu dan tahu apa yang mereka suka dan gemar.
“Kumpulan awal seramai lima orang ini akan mendapatkan gambaran awal mengenai keadaan dan reaksi penduduk tempatan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri turut melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin yang mula diedarkan kepada ahli Puteri sejak 23 Januari lalu sehingga 1 Mac nanti.
Selain kutipan melalui tabung, dana akan dikutip melalui jualan barangan eksklusif Puteri selain jualan tiket filem Maut yang akan ditayangkan 6 Mac nanti.
Hasil kutipan tabung yang dijangka mencecah RM20,000 akan diserahkan kepada Kedutaan Palestin dan Aman Malaysia pada 6 Mac nanti.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213091634/Article/index_html
No comments:
Post a Comment