Friday, February 13, 2009

Dua peragut ‘dikenduri’ orang


KEADAAN dua peragut selepas dibelasah oleh orang ramai.


KUALA LUMPUR – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib dua peragut, sudahlah gagal meragut, dibelasah pula oleh orang ramai.

Nasib malang itu bermula apabila mereka gagal meragut seorang wanita di Jalan Lima di Taman Setiawangsa di sini semalam.

Kejadian pukul 9 pagi itu pada mulanya menyaksikan aksi penduduk mengejar dua suspek terbabit setelah mendengar jeritan mangsa yang diragut.

Rentetan nasib malang kedua-dua suspek berusia 20-an itu bermula apabila motosikal yang dinaiki mereka itu dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu kereta Mercedes Benz yang juga melihat jenayah yang dilakukan suspek.

Akibatnya, kedua-dua suspek terjatuh dari motosikalnya dan mereka sempat melarikan diri sejauh 100 meter sebelum dikepung dan ditangkap oleh orang ramai.

Kedua-dua suspek itu kemudian dibelasah sehingga badan mereka bengkak-bengkak dan lembik.

Turut mengambil kesempatan ‘mengendurikan’ kedua-dua suspek itu ialah beberapa pengguna jalan raya lain yang sanggup memberhentikan kenderaan masing-masing semata-mata untuk membelasah suspek-suspek itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...