Friday, February 13, 2009

Terima amaran sebelum dikunci - Nasib Pekerja Asing

Terima amaran sebelum dikunci


SEKUMPULAN warga Bangladesh melihat gambar mereka yang disiarkan dalam Kosmo!ketika ditemui di rumah kedai di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya semalam. - Izham Jaafar


PETALING JAYA – Selepas dibiarkan merana tinggal dalam rumah macam ‘tin sardin’, kesemua 140 warga Bangladesh yang dianiayai agensi pekerjaan dikenakan perintah berkurung oleh majikan mereka semalam.

Tinjauan semula Kosmo! ke sebuah rumah kedai di Bandar Sri Damansara di sini mendapati pintu kediaman itu sudah dikunci dari luar sejak pukul 6 petang semalam.

Beberapa warga Bangladesh dalam kediaman itu memberitahu, pintu rumah dikunci oleh seorang lelaki dipercayai wakil ejen sebuah syarikat yang membawa mereka ke negara ini.

Insiden itu menyebabkan mereka bimbang akan keselamatan masing-masing.

Kalau berlaku kebakaran, apa nasib mereka nanti.

“Ejen ada datang tadi, dia sudah kunci pintu. Dia kata siapa cuba lari, orang itu akan tahu nasib mereka,” kata seorang warga Bangladesh yang mahu dikenali sebagai Salleh ketika menghubungi Kosmo! di sini malam tadi.

Di depan bangunan rumah kedai itu turut kelihatan kelibat sekumpulan lelaki tempatan yang dipercayai mengawal kawasan berkenaan.

Difahamkan sebelum pintu kediaman mereka dikunci, kesemua pendatang terbabit telah diberi amaran oleh agensi mereka supaya mengunci mulut dan jangan bercakap dengan mana-mana wakil media.

Seorang lagi warga Bangladesh yang dikenali sebagai Arsheed pula memberitahu, ada wakil ejen dan beberapa pegawai agensi kerajaan datang mengambil keterangan mereka semalam selepas Kosmo!mendedahkan apa yang mereka lalui.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...