Friday, February 13, 2009

Kaki Shaliza kian membesar

Kaki Shaliza kian membesar


DERITA Shaliza bertambah perit apabila kakinya semakin membesar.


KAJANG – Penderitaan bekas pramugari, Shaliza Shahzulkarib, 33, yang menghidap penyakit lmphaedema praecox atau untut sejak 14 tahun lalu kini semakin teruk.

Sejak setahun lalu kakinya kian membengkak sehingga dia sering kepenatan dan berpeluh walaupun hanya berdiri atau berjalan dalam rumah.

Pada Januari tahun lalu, ukur lilit betis kanan dan kiri Shaliza hanya 39 sentimeter (sm) dan 34.5 sm tetapi kini menjadi 47 sm dan 37 sm.

“Walaupun berat badan saya turun dari 160 kilogram kepada 134 kilogram tetapi kaki makin membengkak,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Cheras Idaman di sini semalam.

Shaliza yang masih mengharapkan bantuan bagi pembedahan segera di Pusat Perubatan Prince Court kini buntu kerana wang terkumpul hanya RM50,000 berbanding kos RM500,000 yang diperlukan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...