Friday, February 13, 2009

Dipukul akibat tegur rakan sekelas maki guru

Dipukul akibat tegur rakan sekelas maki guru




di leher anaknya, Mohd Nizam ketika pergaduhan di sekolahnya,
Isnin lalu." title="BEGINI...Rohani menunjukkan cara pedang samurai diletakkan
di leher anaknya, Mohd Nizam ketika pergaduhan di sekolahnya,
Isnin lalu." height="250" width="300" border="0">
BEGINI...Rohani menunjukkan cara pedang samurai diletakkan 
di leher anaknya, Mohd Nizam ketika pergaduhan di sekolahnya, 
Isnin lalu.


JITRA: “Saya cuma nak leraikan rakan daripada menumbuk guru kelas kami kerana tidak puas hati ditegur kerana membuat silap. 

“Namun, tak sangka pula dendam itu akan berlarutan sehingga pelajar terbabit memanggil kumpulannya dan menunggu saya di luar sekolah dan mengugut mahu mencederakan saya dengan meletak pedang samurai di leher,” kata seorang pelajar lelaki, Mohd Nizam Abdul Razak, 17, yang mendakwa diserang sekumpulan remaja termasuk pelajar sekelasnya dalam pergaduhan di sebuah sekolah di sini, Isnin lalu.

Mohd Nizam mendakwa turut dipukul dengan rantai besi serta topi keledar di kepala oleh sekumpulan 20 remaja di luar kawasan sekolah.

Berikutan itu, pelajar tingkatan lima sekolah terbabit cedera di kepala dan telinga kiri dalam kejadian terbabit kira-kira jam 1.30 tengah hari pada hari sama.

Dia mendakwa, pergaduhan itu berpunca apabila seorang pelajar baru di kelasnya memaki-hamun dan cuba menumbuk guru lelaki di kelas mereka kerana cuba menegur kesilapannya.

Katanya, dia cuba meleraikan pergaduhan itu, tetapi pelajar terbabit yang baru dua hari bertukar ke sekolah berkenaan menunjukkan buku lima dan memberitahu dia tidak berpuas hati dengannya.

“Saya hanya mendiamkan diri dan tidak melawan kerana saya baru kenal dia. Saya menganggap kes itu selesai di situ saja.

“Namun, keesokannya, ketika pulang dari sekolah, pelajar terbabit menunggu saya di luar sekolah bersama sekumpulan rakannya termasuk beberapa pelajar sekolah lain dan orang luar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Nyior, dekat sini, semalam.

Mohd Nizam berkata, seorang daripada rakan pelajar itu menghampirinya sambil mengacukan pedang samurai di lehernya dan mengugutnya. 

“Selepas mengugut saya, kumpulan terbabit beredar dari kawasan itu, tetapi muncul pula kumpulan lain yang dipercayai rakan pelajar sama lalu memukul saya dengan topi keledar dan rantai di kepala.

“Saya tidak melawan kerana kumpulan itu ramai dan bimbang berlaku sesuatu di luar dugaan sebelum dilepaskan kumpulan itu beberapa minit kemudian,” katanya.

Dia berkata, kejadian itu tidak diceritakan kepada sesiapa sehingga guru sekolahnya menghubungi ibunya, Rohani Zainon, 42, dan memanggilnya ke sekolah.

Rohani berkata, dia terkejut apabila diberitahu anaknya dipukul kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Selasa lalu, selain membawa anak sulung dari empat beradik itu menjalani pemeriksaan di Hospital Jitra.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan setakat ini polis sudah memanggil beberapa pelajar untuk diambil keterangan.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090213092101/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...