2010/10/16
KUALA LUMPUR: "Tujuh tahun hukuman penjara tidak setimpal langsung buat kami sekeluarga jika dibayangkan bagaimana ibu dan tiga individu lain mati dibunuh dengan kejam".Itu luahan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, ketika mendapat tahu mengenai nasib dua pemuda yang dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Banting atas tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
“Walaupun tertuduh itu tidak didakwa atas tuduhan membunuh, mereka bersubahat dan perlu dijatuhkan hukuman lebih berat,” kata anak sulung Sosilawati itu.
Beliau mengakui terkejut dengan hukuman terhadap dua lelaki terbabit, berkata bukan niatnya mempertikaikan undang-undang, hanya tidak percaya dengan tahap hukuman dikenakan terhadap tertuduh yang melakukan jenayah kejam.
“Perkara ini bukan hanya membabitkan perasaan kami sekeluarga, masyarakat juga rasa apa yang kami rasakan,” kata beliau di pejabatnya, di sini semalam.
Mahkamah Majistret Banting semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua lelaki selepas mengaku bersalah berhubung empat tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
K Sarawanan, 19, mengaku menghilangkan bukti pembunuhan dengan membakar mayat Sosilawati; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lalu, manakala U Suresh, 26, mengaku membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke Sungai Panchau di sini.

No comments:
Post a Comment