2010/10/16
MENARA Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat menjadi mercu tanda ibu negara kini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan satu lagi mercu tanda di ibu negara, dinamakan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat, lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia, iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.
Katanya, projek bersepadu bernilai RM5 bilion yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Menara yang bakal menjadi kebanggaan negara menjelang 2020, dijangka siap pada 2015. Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen, semalam.
Ia adalah antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.
Turut diumumkan adalah projek transit aliran ringan (MRT) di Greater KL bernilai RM40 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta dan dijangka siap menjelang 2020.
Najib juga berkata, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia, di Sungai Buloh seluas 1,072 hektar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengandungi kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana bernilai RM10 bilion, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.
Perdana Menteri berkata, satu lagi projek impak tinggi adalah pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), bermula tahun depan dengan nilai anggaran RM26 bilion.
Projek akan dilaksanakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi.
KLIFD akan menempatkan secara bersepadu, bank utama antarabangsa dan firma perkhidmatan kewangan profesional, termasuk pakar syariah.

No comments:
Post a Comment