Saturday, October 16, 2010

Cabaran sihat bagi pengeluar produk tempatan

2010/10/16

LANGKAH kerajaan memansuhkan duti import 300 barangan kelengkapan harian mampu meningkatkan peluang sektor pelancongan dan pendapatan ekonomi.

Pemansuhan lima peratus sehingga 30 peratus duti import barangan berjenama yang diumumkan akan mewujudkan cabaran sihat buat pengeluar tempatan untuk menghasilkan barangan berkualiti dengan kadar harga jauh lebih rendah berbanding barangan import.

Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pemansuhan kadar duti import itu sejajar dengan sasaran kerajaan menarik lebih ramai lagi kemasukan pelancongan bagi menaikkan lagi pendapatan ekonomi negara.

Ini kerana, katanya, pemansuhan itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pelancong terutama dari Timur Tengah berbelanja lebih di negara ini berikutan harga barangan yang lebih rendah.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pricewaterhouse Coopers Taxation, Azura Othman ketika ditanya mengenai kemungkinan rakyat tempatan mengambil peluang itu untuk berbelanja lebih, berkata perkara itu bergantung kepada individu.

“Bergantung kepada individu, bagaimana mereka mengawal perbelanjaan. Jika individu itu bersemangat patriotik, barangan tempatan pasti diselit dalam senarai belian sebagai tanda sokongan,” katanya sambil menambah pemansuhan itu lebih memberi tumpuan pada sektor perindustrian, pada masa sama meningkatkan kadar pendapatan ekonomi negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...