Thursday, February 12, 2009

Anak Raja Kamarul akan berkahwin




KUALA TERENGGANU – Anak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, seorang arkitek terkenal yang pernah mencetuskan kontroversi 17 tahun lalu bakal mendirikan rumah tangga.

Raja Shahirah Aishah, 23, akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jejaka berasal dari Selangor yang dikenali sebagai Syarul Reza di Aryani Resort, Merang di Setiu pada 7 Mac ini.

Menurut Raja Kamarul, antara tetamu istimewa pada majlis tersebut adalah ibu kandung anak perempuannya itu iaitu Jacqueline Pascarl-Gillespie.

Jelasnya, hari tersebut merupakan hari bahagia untuk anak perempuannya itu dan dia mahu segala kontroversi terhadap keluarganya dihentikan.

“Hentikanlah segala kontroversi atau mengajukan pelbagai soalan yang boleh mengganggu kehidupan kami,” katanya ketika dihubungi semalam selepas media menerima jemputan majlis tersebut yang mula diedarkan minggu ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...