Tiba-tiba meletup
akibat masalah enjin." title="MUSNAH...Proton Waja yang meletup dan terbakar akibat masalah enjin." height="195" width="300" border="0"> |
MUSNAH...Proton Waja yang meletup dan terbakar akibat masalah enjin. |
GEORGETOWN: Orang ramai gempar apabila Proton Waja tiba-tiba meletup dan musnah terbakar ketika diletakkan di hadapan kondominium mewah di Jalan Sultan Ahmad Shah, berhampiran cawangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), malam tadi.
Kebakaran dipercayai bermula jam 7.50 malam itu menyebabkan letupan beberapa kali, dipercayai berpunca daripada masalah enjin yang ditinggalkan di kawasan berkenaan sejak lewat petang, semalam.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan berada dalam kenderaan berkenaan dan pemiliknya tidak dapat dikesan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohd Khairi Baharuddin, berkata pihaknya menerima panggilan jam 8 malam dan tiba lima minit kemudian, namun 90 peratus daripada kereta terbabit didapati rentung.
Katanya, sebaik menerima panggilan, tujuh anggota dengan satu jentera bergegas ke tempat kejadian sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan pemilik dan punca kereta terbabit terbakar,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090212091142/Article/index_html
No comments:
Post a Comment