Thursday, February 12, 2009

Livni menang tipis


KOMBINASI gambar ini menunjukkan Livni (atas) dan Netanyahu melambaikan tangan ke arah penyokong di Israel semalam.


BAITULMAQDIS - Menteri Luar Israel, Tzipi Livni menang tipis dengan menewaskan bekas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam pilihan raya Parlimen Israel kelmarin.

Keputusan tipis itu menyebabkan negara Yahudi itu memasuki krisis politik dalaman.

Parti Kadima pimpinan Livni memenangi 28 daripada 120 kerusi Parlimen, hanya satu kerusi melebihi Parti Likud yang diterajui Netanyahu.

Keadaan itu dibimbangi akan menyebabkan negara Yahudi itu dilanda ketidaktentuan politik hingga beberapa minggu.

Netanyahu mampu menjadi Perdana Menteri jika mengadakan pakatan dengan parti berhaluan kanan.

Namun, Livni bertindak segera apabila berunding dengan pihak tersebut bagi membentuk kerajaan apabila beliau menemui pemimpin pelampau Yahudi, Avigdor Lieberman semalam.

Para pemerhati berkata, Netanyahu tidak mahu membentuk kerajaan campuran dengan parti-parti berhaluan kanan bagi mengelak pertelingkahan dengan Washington dan kerajaannya daripada ditekan oleh parti-parti kecil.

Bagaimanapun, rancangan beliau untuk membentuk kerajaan penyatuan juga sukar berikutan kemenangan Livni di mana wanita itu tidak akan bersetuju menyertai pakatan tersebut melainkan dia dilantik menjaid Perdana Menteri.

Beberapa akhbar negara itu memberitahu, Israel mungkin menggunakan pilihan lain iaitu sistem penggiliran Perdana Menteri seperti yang pernah berlaku pada tahun 1980.

"Livni akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sebelum diambil alih oleh Netanyahu," lapor akhbar Yediot. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...