MELAKA – Pengawal yang bertugas di kuarters Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini ada tujuh orang, tetapi peliknya kawalan bangunan itu masih boleh dibolosi pencuri dalam kejadian pukul 7.45 pagi kelmarin.
Ketika kejadian, sebahagian besar penghuni kuarters tersebut keluar bekerja. Tujuh unit rumah pangsa di kuarters itu telah dipecah masuk menyebabkan kerugian ribuan ringgit kepada penghuninya.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Supritendan Hamdan Majid, kejadian disedari seorang daripada mangsa yang pulang sebentar ke rumahnya pagi itu.
“Mangsa mendapati tombol pintunya pecah dan setelah masuk ke dalam, rumahnya didapati telah digeledah dan beberapa barang kemas hilang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
No comments:
Post a Comment