PUTRAJAYA - Tarif elektrik dan gas akan dikurangkan mulai 1 Mac ini.
Tarif elektrik diturunkan purata 3.7 peratus kepada 31.31 sen sekilowat jam (kwj) daripada 32.5 sen sekwj.
Para pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersial sebanyak 2.7 peratus dan pengguna industri 5 peratus.
Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian pembayaran bil elektrik bagi bil berjumlah RM20 ke bawah diteruskan sehingga 31 Disember 2009.
"Pengurangan tarif ini akan melibatkan seramai 5.2 juta pengguna domestik, satu juta pengguna komersial dan 800,000 pengguna industri," katanya di sini semalam.
Sementara itu, harga gas bagi sektor elektrik dan bukan elektrik di Semenanjung Malaysia dikurangkan 32 peratus hingga 35 peratus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dalam satu kenyataan menjelaskan, pengurangan harga RM7.06 hingga RM8.53 itu dapat membantu sektor industri dalam suasana ekonomi yang tidak menentu kini.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
No comments:
Post a Comment