Thursday, February 12, 2009

Lelaki mengaku cabul adik ipar dalam khemah dipenjara tujuh bulan

MELAKA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan adik iparnya pada Julai tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan dalam penghakimannya menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh dan mensabitkannya dengan pertuduhan pilihan selepas meneliti fakta kes, rayuan tertuduh serta hujah pendakwa raya.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh berusia 35 tahun itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatannya adik iparnya berusia 16 tahun di dalam sebuah khemah beralamat di Kampung Parit Perawas, Sungai Rambai, Jasin pada 24 Julai 2008, kira-kira jam 3 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu.


Berdasarkan fakta kes, pada 27 Julai 2008, jam 3 pagi mangsa yang juga pengadu dalam kes itu sedang tidur sebelum dikejutkan tertuduh.


Pengadu keluar melalui pintu belakang rumahnya dan mengikut tertuduh ke dalam khemah di belakang rumahnya bagi tujuan perubatan tradisional.

Tertuduh memberitahu mangsa bahawa untuk tujuan perubatan tradisional mangsa perlu melakukan hubungan seks, namun mangsa enggan sebelum tertuduh memaksanya membuka baju dan mencabulnya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090211093627/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...