Wanita hidap kanser rindu anak
RINDU...Rosmawati menatap gambar dua anaknya. |
MELAKA: “Saya terlalu merindui dua anak lelaki yang kini dijaga bekas ibu mentua di Felda Trolak Selatan, Sungkai, Perak, selepas kali terakhir dapat bersama mereka ketika dihantar bekas suami di Terminal Melaka Sentral pada 5 Januari lalu.”
Begitu kata seorang ibu tunggal, Rosmawati Mohamad Nafi, 34, mengenai perasaan sedihnya selepas terpisah daripada kedua-dua anaknya itu selepas bercerai dengan bekas suaminya berusia 38 tahun yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.
Nasib Rosmawati ibarat jatuh ditimpa tangga berikutan dia kini dihimpit pelbagai kesulitan hidup apabila terpisah dengan kedua-dua anaknya selain menderita penyakit kanser hati atau radang pankreas kronik sejak lima tahun lalu.
Rosmawati berkata, dia sentiasa terkenangkan nasib dua anak lelakinya iaitu Khairun Muzzamil, 11, dan Khairun Luqman, 8, malah terkilan apabila kedua-dua mereka tidak bersekolah sejak pertengahan 2007 lalu.
No comments:
Post a Comment