Abdul Rahim Sabri | Feb 2, 09 3:27pm |
Seorang exco kerajaan Kedah daripada PKR pula sedang dipancing untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya dan pegawai-pegawainya. ![]() "Satu laporan polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Adun dan ahli exco kerajaan, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8 Mac, 2008," katanya. "Ia juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. "Kesemua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari PKR kepada Barisan Nasional." Menang atas tiket bebas, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India. Dihubungi Malaysiakini selepas memberikan keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Sungai Petani, beliau hadir bersama peguamnya Saiful Izham Ramli, ahli parlimen PKR Johari Abdul dan 10 penyokong. Menurutnya, seorang pegawai berpangkat inspektor mengambil keterangannya selama 90 minit mulai jam 3 petang selepas membuat aduan jam 12.30 tengah hari. Arumugam berkata setakat ini beliau tidak menerima maklumat ada wakil-wakil rakyat PKR akan menyertai BN. Dalam satu kenyataannya, beliau mendakwa insiden-insiden ugutan jenayah terhadapnya termasuklah: ![]() ![]() ![]() ![]() Arumugam juga berkata beliau membuat laporan polis itu susulan perkembangan dua orang exco Perak yang diura-urakan menyertai BN. "Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti," katanya lagi. Beliau menggesa polis segera membuat siasatan terhadap ugutan-ugutan itu yang telah dilaporkannya sejak Mac tahun lepas. "(Tindakan terhadap mereka) semua akan membolehkan saya berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaa Kedah dan Adun tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya," tambahnya. http://www1.malaysiakini.com/news/97413 |
No comments:
Post a Comment