KUALA LUMPUR - Tidak cukup merogol penumpang, lelaki yang menyamar sebagai pemandu teksi akan memaksa mangsanya membayar tambang teksi yang mahal.
Kisah sedih ini membabitkan seorang promoter sebuah pusat membeli-belah yang menjadi mangsa rogol seorang lelaki di Petaling Jaya pada 20 Januari lalu. Ekoran laporan mangsa yang berusia 20-an, polis memburu seorang lelaki keturunan India berusia 20-an.
Suspek dipercayai telah terlibat dengan beberapa kes rogol lain di sekitar Lembah Klang tetapi hanya seorang mangsa yang membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah berkata, modus operandi suspek ialah merosakkan pintu belakang teksi yang tidak boleh dibuka dari dalam.
"Suspek akan mengambil penumpang dan akan mengguna laluan jauh bagi meninjau kawasan sesuai untuk merogol mangsa," kata beliau di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment