Saturday, February 7, 2009

Pakatan Rakyat masih berpendirian Nizar Menteri Besar yang sah

Harakahdaily 
Fri | Feb 06, 09 | 9:45:01 pm MYT


Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional.

Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan Imagesebarang provokasi atau huru hara.

* Kenyataan dikeluarkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan yang juga Ketua Pembangkang; Lim Kit Siang, Ketua Ahli Parlimen DAP; dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. _ 


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19261&Itemid=1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...