KUALA LUMPUR - Empat lelaki Indonesia anggota 'Geng Anga' yang mati ditembak di Sungai Merab kelmarin memasuki negara ini semata-mata menjadi penyamun sebelum hasilnya dikumpul bagi menyara keluarga masing-masing di negara mereka.
Ahli kumpulan tersebut yang aktif sejak tahun lalu dikatakan akan berada di negara ini dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan bagi mencari 'rezeki' seperti menyamun dan pecah rumah.
Selepas hasil samun mencukupi, keempat-empat suspek akan membawa pulang kesemua hasilnya ke Indonesia dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.
Beberapa hari berada di negara sendiri, mereka dengan kumpulan sama akan kembali semula ke negara ini untuk menyambung mencari 'rezeki'.
Polis sedang menyiasat cara keempat-empat lelaki itu masuk dan keluar dari negara ini.
Dua daripada suspek itu memiliki dokumen perjalanan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
No comments:
Post a Comment