Umno Kedah nafi BN pernah berjanji menawarkan wang kepada Arumugam Vengatarakoo dalam cubaan memancing exco negeri Kedah itu menyertai parti tersebut.
"Kita menafikan kita buat benda-benda (menawarkan wang) itu. Tak mungkin, buang duit, buang duit saja," kata Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Mohd Hadzir Ismail ketika dihubungi Malaysiakini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau itu (foto) semalam membuat laporan polis, mendawa ada usaha mengajaknya meninggalkan PKR, termasuk melalui ugutan jenayah terhadapnya, keluarga dan pegawainya.
Bagaimanapun, Arumugam tidak menjelaskan jumlah wang yang ditawarkan kepadanya dan pihak yang cuba menyogoknya.
Mohd Hadzir turut mempertikaikan keikhlasan exco Kedah itu tidak mendedahkan jumlah wang yang didakwa ingin disogok kepadanya.
"Kalau betul (menawarkan wang lumayan), beritahu jumlah, beritahu berapa jumlahnya?" katanya.
Beliau menyifatkan dakwaan tersebut "tidak logik dan diada-adakan" sebagai satu strategi untuk memburuk-burukkan BN.
"Perkara itu tidak berlaku. Kita tak pernah buat. Kita tak pernah beri. Kalau nak masuk BN, masuklah secara sukarela," kata Mohd Hadzir.
Mengulas sama ada Umno ingin membuat laporan polis terhadap aduan Arumugam di ibu pejabat polis daerah Sungai Petani, beliau berkata:
"Terpulang kepada pucuk pimpinan BN. Kalau ada, kes kita buat laporan polis."
Menang atas tiket bebas, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.
Selain dakwaan sogokan termasuk dalam satu pertemuan beberapa hari lepas, beliau berkata insiden-insiden ugutan terhadapnya:
cubaan menculiknya pada 17 Oktober tahun lepas, mengugutnya melalui pegawainya dengan membuat beberapa panggilan telefon, antaranya pada 31 Mac tahun lalu, memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri yang digunanya dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul batu pada 17 Disember lalu.
Dalam pilihanraya umum tahun lalu, BN berjaya mempertahankan 14 kerusi sahaja daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Manakala, Pakatan Rakyat (PR) memenangi 22 kerusi – PAS (16), PKR (5) dan DAP (1).
http://www1.malaysiakini.com/news/97476
|
No comments:
Post a Comment