Saturday, February 7, 2009

Mahathir: Pengajaran untuk Anwar

Feb 6, 09 12:24pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan  sandiwara politik di Perak sekarang sebagai menggelikan hati. 

"Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB. 

mahathir mohamad 180108"Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis.  Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar? 

"Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara tersebut kerana beliau yang beria-ia sangat untuk ada 'lompat katak yang terbesar' pada September 16. 

"Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (Adun Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

"Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah...," katanya.

Dr Mahathir berkata, Pakatan Rakyat Perak boleh bentuk kerajaan minoriti kerana demokrasi mengizinkannya.

"Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. 

Peruntukan undang-undang

"Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan," tulisnya.

"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

"Jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. 

"Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? 

"Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu," katanya.

Dr Mahathir berkata, ada kemungkinan pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. 

"Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah kerajaan yang halal.

"Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan," katanya. 


http://www1.malaysiakini.com/news/97710

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...