Written by Editor |
Friday, 06 February 2009 10:56 |
Semalam Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin berikrar dihadapan lebih 10,000 orang hadirin beliau akan berjuang mengembalikan keuasa rakyat hingga ke titisan darah yang terakhir. (Gambar - rakyat sudah tidak tidak takut lagi..... gambar Najib dipijak-pijak semalam) Nizar terus melaksanakan tugas-tugas Menteri Besar dan tidak meletakkan jawatan setelah beliau menghantar surat kepada Sultan Perak petang kelmarin petang semalam “Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara untuk meminta patik tidak meletakkan jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak,”tegas Nizar dalam suratnya kepada Sultan Perak selepas Sultan Perak menolak pembubaran DUN Perak dan memaksa Nizar meletakkan jawatan. Hari ini, (6 Februari, Jumaat) sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat yang masih sah, Nizar bersama Exco kerajaannya, seperti biasa masuk ke bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri. Beliau memasuki bangunan tersebut bersama 10 Exco Pakatan Rakyat kira-kira pukul 9.50 pagi. Nizar turut mengumumkan semalam, semua ADUN Pakatan Rakyat memulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar kerajaan UMNO/BN yang merampas kuasa rakyat dengan cara yang tidak sah. |
Last Updated on Friday, 06 February 2009 11:00 http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=180:berjuang-hingga-titisan-darah-terakhir-nizar-pergi-kerja-seperti-biasa&catid=36:berita-nasional&Itemid=37 |
No comments:
Post a Comment