Saturday, February 7, 2009

Cenderamata Obama

Rakyat Amerika begitu obses mendapatkan cenderamata yang memaparkan presiden kulit hitam pertama negara itu.


"SEMUA orang teruja dengan ‘jenama’ barangan Obama. "


BAJU-T Presiden Barack Obama dijual pada harga RM18 sehelai di K Street, Washington manakala medal Obama pula bernilai RM217.

Amerika Syarikat (AS) kini dipenuhi dan diceriakan dengan barangan Obama yang terdiri daripada magnet peti sejuk, topi bola keranjang hinggalah cawan kopi yang coraknya separuh Hawaii dan separuh Kenya. Semua imej yang terdapat pada barangan tersebut tertera wajah Obama.

Bermula daripada cawan Obama, rantai kekunci, skaf dan topi bola keranjang, semuanya memenuhi dan disusun kemas di dalam almari. Akhbar Washington Post dan New York Times turut menjual buku upacara pelantikan dan edisi istimewa yang menampilkan pelbagai isu mengenai Obama.

"Orang ramai ingin memiliki sesuatu yang dianggap sejarah," jelas Jason Benson yang menjual jam tangan, minyak wangi dan baju-T bermotifkan Obama.

"Ini bukan presiden kulit hitam pertama AS tetapi merupakan presiden kulit hitam selama-lamanya yang berguna kepada penduduk."

Sementara itu, laman web Ebay telah menjual lebih daripada 37,000 barangan Obama, termasuklah pin dan komik Amazing Spiderman Barack Obama. Amazon.com pula menawarkan ribuan koleksi patung bola bulu dan figura berbentuk Obama.

The New York Times menganggarkan pada bulan November lalu sebanyak RM723 juta barangan Obama akan terjual.

"Setiap barang yang tertera wajah Obama dan pesanannya cukup ringkas kerana penduduk kini menganggapnya sebagai simbol harapan baru," tambah Perunding Persatuan Landor, Allen Adamson.

Sebahagian item diambil dari gerai jawatankuasa rasmi presiden yang beroperasi di Washington dan seterusnya dijual menerusi laman web. Ini kerana kutipan yang diperoleh diperlukan untuk membayar kos acara yang dianjurkan oleh jawatankuasa rasmi itu.


"KEMENANGAN Obama sangat bersejarah bagi rakyat Amerika."


Jurucakap jawatankuasa itu, Brent Colburn menyatakan gerai mereka sudah pun menjual 3,000 barangan bermula dari 16 Januari lalu dan jualan secara talian berjaya menjual 30,000 item. Bagaimanapun, jumlah sebenar akan dikira dan dimasukan dalam laporan akhir panel jawatankuasa.

"Penjualan medal ialah acara tradisi yang diamalkan sejak berabad lamanya tetapi penjualan pada kali ini menemui dimensi baru.

"Semua orang teruja dengan barangan jenama Obama yang dijual. Apatah lagi para penjual bersaing sesama sendiri untuk memikat hati pembeli mendapatkan barangan Obama yang ditawarkan di kedai mereka.

"Kami ingin masyarakat mengetahui bahawa ia bukan sekadar membeli barangan yang berharga tetapi menyokong pengurusan baru yang bersejarah ini," kata Colburn.

Jurucakap kedai politik Americana, Mary Ellis, mengakui gerai mereka sering menjadi tumpuan dan diserbu oleh pembeli.

Gerai yang menjual barangan seperti sos barbeku hingga bingkai gambar Obama itu sentiasa dibuka.

Para pembeli juga boleh mengambil gambar mereka bersama kepingan kertas keras yang menampilkan gambar Obama membelakangkan replika meja pejabat beliau.

"Gerai kami menjadi begitu sibuk sejak ia dibuka. Biarpun pengasas butik saya, Jim Warlick sudah lama menjual cenderamata ahli politik tetapi selepas pilihan raya presiden yang lalu, barangan Obama paling istimewa.

"Memandangkan orang ramai suka mengingati kisah lampau, mereka ingin menerapkan sejarah (pelantikan presiden kulit hitam) sebagai memori manis," ujar Ellis.

"Presiden baru kami ini begitu aktif dalam kerajaan, pejabat dan politik," kata Landor Adamson mengenai ragam Obama.


"CAWAN dan baju-T Obama mendapat permintaan yang tinggi."


Adamson juga memberitahu, Obama telah mempengaruhi anak-anak muda yang kurang gemar pada politik.

"Generasi muda gemar memakai barangan yang menampilkan nama jenama di baju T dan topi," katanya.

"Justeru, selain jenama Apple dan Facebook, label Obama merupakan presiden pertama yang disukai oleh generasi kini." - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...