Saturday, February 7, 2009

Kedah waspada, Adun PKR diawasi rapi

Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Feb 5, 09 1:01pm
kemaskini 8:52pm Di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, Pakatan Rakyat di Kedah pula kini menjadi sasaran seterusnya BN susulan terdapat beberapa wakil rakyat gabungan tersebut didakwa "berisiko tinggi" untuk melompat parti.

Malaysiakini difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat terbabit kini diletakkan dalam pengawasan ketat kepemimpinan Kedah dan Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan berwaspada, pergerakan mereka kini difahamkan dipantau rapi kerana wujud dakwaan mereka sedang dijadikan sasaran terbaru untuk ditarik melompat menyertai BN.

jamaluddin mat radzi and osman jailu perak pkrUsaha sejak tahun lepas dipergiatkan kembali minggu lalu, serentak dengan usaha memujuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan DAP di Perak. 

Difahamkan, usaha ini turut melibatkan sebuah jabatan kerajaan.

Projek BN ini berkaitan usaha menumbangkan satu demi satu kerajaan negeri pimpinan gabungan pembangkang itu, bermula di Perak yang kini hanya menunggu saat rasmi kejatuhannya.

Pakatan Rakyat memerintah Kedah dengan kelebihan lapan kerusi - 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, manakala BN pula 14 kerusi.

Kerusi milik Pakatan itu terdiri daripada 16 kerusi PAS, lima kerusi PKR dan satu kerusi DAP.

Susulan usaha menarik wakil-wakil rakyat PKR di Kedah semakin rancak, exco kerajaan Kedah V Arumugam membuat laporan polis  awal minggu ini dengan dakwaan beliau, keluarganya dan pegawainya diugut. 

Adun PKR Bukit Selambau itu juga mendakwa ada pihak menawarkan sejumlah wang tetapi enggan mendedahkan jumlahnya dan pihak terbabit. 

Menang atas tiket bebas pada pilihanraya umum lalu, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Malam tadi, sebuah stesen televisyen mendedahkan kisah peribadi beliau - dipercayai satu strategi menekan beliau selepas membuat aduan polis tersebut.

Tiga Adun PKR yang didakwa menjadi sasaran BN: Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Rahzi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim).

Seorang lagi Adun Sidam, Tan Chow Kang dikatakan "tidak goncang" walaupun selepas usaha memujuknya melompat kepada BN.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lim menafikan beberapa Adun PKR dikuarantin di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Azizan Razak untuk mengelak mereka berpindah parti.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan usaha melobi mereka agar menyertai BN. 

Susulan perkembangan itu khususnya kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, sidang mesyuarat tergempar semua Adun dan ahli parlimen Kedah dijadualkan jam 4 petang ini.

mahfuz omar utusan malaysia lawsuit 231208 01Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (foto kiri) berkata mesyuarat tadi bertujuan memberikan taklimat terkini perkembangan krisis rampasan kuasa BN di Perak kepada semua wakil rakyat Pakatan di Kedah.

Tambahnya, usaha BN memindahkan sokongan Adun-Adun Pakatan di Kedah kepada BN tidak berjaya.

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Adun PAS Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki turut menafikan wujud usaha mengkuarantin wakil-wakil rakyat PKR. 

Dihubungi berasingan hari ini, kedua-duanya menjelaskan semua exco kerajaan PKR berada di majlis perasmian daerah baru Pokok Sena di pejabat daerah jam 10 pagi tadi.

parliament briefing 030408 johari abdulJohari (foto kanan) menambah, memang wujud usaha yang konsisten dan tidak pernah berhenti untuk memancing keluar wakil-wakil rakyat PKR di negeri itu seperti pendedahan Arumugam. 

Usaha itu dalam tiga bentuk - ugutan, tawaran jawatan dan sogokan material, katanya lagi. 

Memandangkan keadaan itu, kata Johari, semua Adun PKR sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin parti dan menafikan mereka ingin meninggalkan parti itu.

Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Saiful Izham Ramli mengesahkan PKR sentiasa memantau wakil-wakil rakyat mereka.

Selain di Kedah, Malaysiakini difahamkan beberapa lagi Adun PKR di Selangor sedang dipantau rapi susulan kebimbangan akan berlaku lompat parti.

http://www1.malaysiakini.com/news/97632

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...