Saturday, February 7, 2009

Cuba bunuh diri selamatkan bapa


NOTA terakhir yang ditinggalkan oleh Chen Jin pada 24 Januari lalu.



BEIJING - Seorang gadis berusia 13 tahun cuba membunuh diri dengan menelan 200 biji pil tidur kerana mahu menderma hati kepada bapanya yang menghidap barah hati, lapor agensi berita Xinhuasemalam.

Xinhua melaporkan, kejadian itu berlaku pada 24 Januari lalu di Wilayah Jiangsu di timur China.

Remaja tersebut, Chen Jin bertindak demikian selepas menemui nota perubatan bapanya yang disahkan menghidap barah dan hanya mempunyai masa tiga bulan untuk hidup.

Kejadian itu disedari apabila ibunya pulang selepas melawat bapanya di hospital. Wanita itu menemui dua botol pil tidur kosong dan sekeping nota di sisi mangsa.

"Ibu, saya minta maaf. Saya tidak dapat hidup bersama ibu lagi. Tolong beri hati saya kepada bapa selepas saya mati dan selamatkan dia," kata nota itu.

Remaja itu kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi hospital sama dengan bapanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...