Sunday, February 15, 2009

Dr Khir ‘ditahan’ dalam himpunan bantah Karpal

Dr Khir ‘ditahan’ dalam himpunan bantah Karpal




Brown, semalam." title="LAMBAI...Dr Khir pulang selepas bertemu penyokong di Padang
Brown, semalam." height="197" width="300" border="0">
LAMBAI...Dr Khir pulang selepas bertemu penyokong di Padang 
Brown, semalam.


GEORGETOWN: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Mohammed Khir Toyo, antara yang ‘ditahan’ seketika kerana menyertai perhimpunan anti-Karpal Singh membabitkan kira-kira 200 orang di tempat letak kereta Taman Belia di Jalan Taman Bunga di sini, semalam.

Selain bekas Menteri Besar Selangor itu, tiga lagi pemimpin Umno ‘ditahan’ dalam perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat bertujuan menyerahkan memorandum kepada Pengerusi DAP berhubung kenyataan celupar Ahli Parlimen Gelugor itu yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, perhimpunan itu gagal mencapai matlamatnya apabila tindakan kumpulan terbabit berarak ke rumah Karpal terbantut selepas polis mengarahkan mereka termasuk empat pemimpin Umno itu bersurai.

Selain Dr Mohammed Khir, tiga lagi pemimpin Umno yang ‘ditahan’ adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Said; Ketua Pemuda Umno bahagian Bandar Baharu/Kulim, Mohd Mustaffa Kamal Sheikh Ismail dan Ketua Pemuda Umno bahagian Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud.

Pemimpin berkenaan yang menaiki dua kereta kemudian diiringi beberapa kereta polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kira-kira sembilan kilometer dari situ untuk diambil keterangan pada jam 3.30 petang sebelum meninggalkan perkarangan balai polis itu setengah jam kemudian.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090214094115/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...