Sunday, February 15, 2009

Tol PJS 2 dimansuh

Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my 

Harun dari pelbagai parti politik bergabung menyatakan
kegembiraan terhadap pemansuhan bayaran tol." title="GEMBIRA...penduduk Kampung Medan dan Taman Datuk
Harun dari pelbagai parti politik bergabung menyatakan
kegembiraan terhadap pemansuhan bayaran tol." height="183" width="300" border="0">
GEMBIRA...penduduk Kampung Medan dan Taman Datuk 
Harun dari pelbagai parti politik bergabung menyatakan 
kegembiraan terhadap pemansuhan bayaran tol.


PETALING JAYA: Selepas hampir lima tahun beroperasi, Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) arah Kuala Lumpur di Kampung Medan, dimansuhkan kutipan tol sehala serta-merta bermula, semalam.

Pemansuhan kutipan berkenaan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 penduduk sekitar Kampung Medan, Kampung Datuk Harun dan Taman Maju Jaya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, berkata pemansuhan itu dibuat selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat Kabinet apabila diajukan rayuan dihadapi penduduk kawasan berkenaan oleh pihaknya.

Menurutnya, kerajaan amat prihatin dan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol berkenaan bagi mengurangkan beban pengguna dari kawasan terbabit yang menggunakan laluan itu. 

“Pemansuhan kutipan tol ini akan bermula sejurus selepas ini (petang semalam), walaupun secara rasmi ia bermula 12.01 tengah malam, 14 Februari.

“Saya yakin langkah ini bertepatan, ia menggambarkan keprihatinan serta kesungguhan kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup khasnya golongan berpendapatan rendah yang setiap hari menggunakan lebuh raya ini,” katanya ketika berucap pada majlis Pemansuhan Kutipan Tol di Plaza Tol PJS 2, semalam.

Sebelum ini, penduduk kawasan berkenaan mendesak kerajaan memansuhkan kutipan tol berkenaan selepas mereka terpaksa membayar RM1.60 setiap kali memasuki Kampung Medan.

Berikutan itu, penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif di sekitar kawasan Taman Medan atau Taman Dato’ Harun sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa terutama pada waktu puncak.

NPE sepanjang 19.6 kilometer itu mula beroperasi secara rasminya pada 30 April 2004 mempunyai enam lorong dengan dua laluan menghubungkan Subang Jaya, Bandar Sunway, Taman Medan, Taman Maju Jaya, Petaling Utama, Kampung Pasir, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Sementara itu, majlis berkenaan terganggu apabila Mohd Zin tidak dapat menamatkan ucapan dan mengadakan sidang media seperti dijadualkan apabila kira-kira 300 penyokong beberapa parti politik berkumpul di kawasan plaza tol terbabit.

Mereka membuat bising dikatakan untuk meraikan pemansuhan kutipan tol terbabit ketika Mohd Zin berucap hingga menimbulkan kekecohan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090214092647/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...