Sunday, February 15, 2009

Remaja mengaku ragut 40 kali

Remaja mengaku ragut 40 kali




daripada penjenayah dalam sidang media, semalam." title="RAMPAS...Mohd Mokhtar menunjukkan parang yang dirampas
daripada penjenayah dalam sidang media, semalam." height="284" width="300" border="0">
RAMPAS...Mohd Mokhtar menunjukkan parang yang dirampas 
daripada penjenayah dalam sidang media, semalam.

JOHOR BAHRU: Walaupun baru berusia 19 tahun, seorang remaja lelaki dianggap ancaman besar kepada masyarakat apabila mengaku melakukan 40 kali jenayah ragut di sekitar bandar raya ini, sejak beberapa tahun lalu.

Pendedahan itu diperoleh hasil siasatan polis selepas remaja yang dipercayai terbabit dalam penagihan dadah itu diberkas polis ketika meragut seorang mangsa berhampiran sebuah hotel di Jalan Abdullah Tahir pada 29 Januari lalu itu.

Lebih mengejutkan, hasil siasatan mendapati remaja itu turut mengaku mencuri 20 motosikal di sekitar Taman Pelangi dan Taman Sri Tebrau.

Dia antara tujuh lelaki yang ditahan polis dalam tempoh seminggu sepanjang Januari lalu kerana terbabit jenayah ragut di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sepanjang tempoh itu, enam lelaki lain berusia 24 dan 30-an ditahan selepas meragut barangan berharga kepunyaan mangsa di sekitar Permas Jaya, Pasir Pelangi dan Kampung Melayu Pandan di sini.

Beliau berkata, tangkapan ke atas semua suspek kes ragut itu dilakukan dengan kerjasama orang awam yang membantu mangsa dengan mengejar suspek sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kebencian masyarakat terhadap peragut membuatkan orang ramai tidak teragak-agak membantu mangsa sehingga suspek diberkas.

“Polis menghargai bantuan orang ramai dalam membantu mangsa ragut sehingga melakukan tangkapan awam ke atas suspek kes ragut, tetapi polis mengingatkan supaya mereka tidak bertindak melampaui batasan sehingga mencede suspek.

“Membantu menangkap peragut sudah cukup banyak membantu polis, serahkan suspek kepada kami dan biarkan nasib mereka ditentukan mengikut undang-undang kerana kes ragut dan samun adalah jenayah yang menimbulkan ketakutan dan trauma kepada mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, sebahagian besar suspek kes ragut yang diberkas mempunyai kaitan dengan penagihan dadah, yang dianggap sebagai punca kepada semua kejadian jenayah.

“Mereka (peragut) melakukan aktiviti jenayah untuk mendapat sumber kewangan bagi membeli dadah. Tindakan ini kami anggap sebagai ‘parasit’ yang menimbulkan banyak masalah sosial dan kebimbangan kepada masyarakat.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata, indeks jenayah sepanjang tempoh 44 hari lalu di negeri ini menurun 19.67 peratus dengan 674 kes membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda berbanding tempoh sama, tahun lalu.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090214094153/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...