Sunday, February 15, 2009

Pegawai agama palsu dipenjara 66 bulan

Pegawai agama palsu dipenjara 66 bulan




Melaka, semalam." title="BERSALAH...Hamdan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret
Melaka, semalam." height="227" width="300" border="0">
BERSALAH...Hamdan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret 
Melaka, semalam.

MELAKA: Perwatakannya langsung tidak membayangkan dia seorang penjenayah licik dengan menyamar sebagai pegawai Majlis Agama Islam Melaka (Jaim) terhadap pasangan remaja yang berdua-duan di beberapa kawasan strategik termasuk Taman Tasik Ayer Keroh dan memeras serta merampas barangan berharga milik mereka.

Realitinya semalam, lelaki terbabit, yang juga bapa kepada empat anak selain memelihara tujuh anak angkat, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara 66 bulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas lima kes membabitkan sembilan pertuduhan iaitu lima kes menyamar penjawat awam dan empat kes pemerasan.

Majistret Muhamad Faizal Ismail dalam penghakimannya memberi peringatan keras terhadap tertuduh supaya benar-benar insaf dan tidak mengulangi kesalahan itu.

Bagi kes pertama, tertuduh, Hamdan Ibrahim, 45, didakwa menyamar dengan mengaku Pegawai Jaim terhadap kontraktor, Mohd Radei Abu Hussain, 23 dan teman wanitanya di Taman Tasek, Ayer Keroh, dekat sini, pada 6 September 2008, jam 6 petang.

Bagi kes kedua, dia didakwa memeras pekerja kilang, Mohamad Hairizam Hussin, 24, dan teman wanitanya, Norlita Shafie, 24, serta merampas cincin, dua telefon bimbit serta menyamar penjawat awam di kawasan taman berhampiran Kolam Renang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, pada 11 September 2008, kira-kira jam 6 petang.

Bagi kes ketiga, dia didakwa memeras pelajar, Mohd Khuzairi Ahmad Mahzan, 18, dan teman wanitanya, Farhana Nabilah Mustapha,18, serta merampas RM120, tiga telefon bimbit selain menyamar Pegawai Jaim di kawasan Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, pada 8 November 2008, jam 3.30 petang.

Seterusnya, Hamdan bagi kes keempat, dituduh memeras pekerja kontrak, Mohd Awang Che Mat Nor, 21 dan teman wanitanya, Nur Shafikah Roslan, 18, dan merampas RM60, jam tangan dan dua telefon bimbit serta menyamar penjawat awam pada 30 Ogos 2008, jam 3.30 petang di tepi Pantai Klebang, Klebang Besar.

Bagi kesalahan menyamar penjawat awam dia dituduh mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara bagi kesalahan pemerasan, didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun dan denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.

Majistret menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi kesalahan pertama; 12 bulan dan denda RM2,000 serta enam bulan penjara (kes kedua); penjara 16 bulan dan RM2,000, penjara 10 bulan (kes ketiga) dan penjara 20 bulan dan RM4,000, penjara 12 bulan (kes keempat).

Beliau menetapkan hukuman bagi setiap pertuduhan berjalan serentak dari tarikh ditangkap, namun berasingan bagi setiap kes.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090214094246/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...