salman@hmetro.com.my
bas RapidKL, semalam." title="LEKAT...Sabtu melekatkan poster Rakan Cop dalam bas RapidKL, semalam." height="229" width="300" border="0"> |
LEKAT...Sabtu melekatkan poster Rakan Cop dalam bas RapidKL, semalam. |
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang sebelum ini menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja pada setiap hari kini trauma apabila menjadi mangsa samun sekumpulan penjenayah berkeliaran di hentian bas dan stesen sistem Transit Aliran Ringan (LRT) sekitar ibu kota.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Khamis lalu di Stesen Masjid Jamek, mangsa berusia 21 tahun dihampiri dua lelaki tidak dikenali sebelum disamun.
Ketika kejadian, mangsa menggunakan jalan belakang stesen itu yang sunyi sebagai jalan pintas sebelum dihampiri kedua-dua suspek bersenjatakan pisau.
Dalam dalam kejadian kedua keesokan harinya kira-kira jam 7 pagi di Stesen Pasar Seni, seorang lagi mangsa berusia 26 tahun kerugian hampir RM800 apabila disamun lima lelaki.
Mangsa bukan hanya disamun, malah dibelasah kumpulan lelaki terbabit.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman, berkata pihaknya menyedari kejadian samun berlaku berhampiran kawasan tumpuan orang awam itu dan sentiasa menjalankan pemantauan.
Katanya, peningkatan jenayah membabitkan pengangkutan awam sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini, 12 kes jenayah dilaporkan berbanding 12 kes bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.
“Antara kejadian kerap dilaporkan samun berkawan tanpa menggunakan senjata, ragut serta seluk saku. Kami percaya jenayah ini membabitkan sindiket tertentu dan sudah dikenal pasti.
“Hasil maklumat orang ramai dan kerja keras pihak polis, kami berjaya menumpaskan satu geng seluk saku membabitkan warga Filipina dan mereka sedang menjalani perbicaraan,” katanya.
Sebelum itu Sabtu, melancarkan program cegah jenayah Rakan Cop bersama Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd, (RapidKL) di Stesen LRT Pasar Seni.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suffian Baharuddin, berkata dalam kempen itu pihaknya menampal 1,500 pelekat Rakan Cop dalam 660 bas pihaknya untuk kemudahan orang ramai melaporkan kejadian jenayah.
“Selain itu, kami dalam usaha melatih lebih ramai pegawai keselamatan sebagai polis bantuan bagi memastikan keselamatan orang ramai menggunakan kemudahan pengangkutan kami,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090429061221/Article/index_html
No comments:
Post a Comment