shantynur@hmetro.com.my
dalam bilik anaknya." title="BUKTI...Aziz menunjukkan pil khayal yang ditemui dalam bilik anaknya." height="200" width="300" border="0"> |
BUKTI...Aziz menunjukkan pil khayal yang ditemui dalam bilik anaknya. |
KUALA LUMPUR: Seorang bapa hanya mampu terkedu dan hampir menitiskan air mata apabila menemui sejumlah pil khayal Nospan disembunyikan di bilik anak remajanya yang baru berusia 15 tahun.
Bapa berkenaan yang hanya dikenali sebagai Aziz, 45, berkata dia mula mencurigai perbuatan anaknya itu selepas melihat dia kerap menelan pil walaupun sihat.
“Apabila disoal, anak saya memberitahu sakit kepala, namun lama-kelamaan saya mula curiga dan memeriksa biliknya.
“Keraguan saya terjawab apabila menemui sejumlah pil itu dan percaya kelakuannya yang sering berkhayal dan menyendiri kesan lalok daripada pengambilan pil terbabit,” katanya yang ditemui, semalam.
Aziz berkata, sebelum ini, anak keduanya itu seorang yang periang dan pintar di sekolah, namun sejak kebelakangan ini sikapnya berubah dan sering keluar bersama rakan-rakannya.
“Selama ini saya menyangka dia sakit kepala, tetapi dengan penemuan pil itu, kerisauan mula timbul apabila mengetahui dia menelan pil berkenaan yang boleh menyebabkannya terbabit kegiatan penagihan dadah.
“Pendedahan yang kerap dalam akhbar membuatkan saya mempunyai sedikit pengetahuan tentang bahaya pil itu, namun tidak mampu berkata apa-apa apabila menemuinya dalam bilik anak saya,” katanya yang bercadang menghantar anaknya menghadiri kaunseling sebagai usaha memulihkannya.
Selain itu, Aziz khuatir anaknya diperangkap pihak tertentu untuk dijadikan sebagai ‘pusher’ menjual pil itu di kalangan pelajar sekolah.
“Saya percaya bekalan pil ini diperoleh dari pasaran gelap memandangkan ia tidak dijual di farmasi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, penggunaan pil lalok itu menjadi pilihan remaja bersekolah kerana harganya yang murah sekitar 50 sen dan RM 1 sebiji.
“Kami percaya remaja terbabit hanya mencari keseronokan dengan menelan pil psikotropik Nospan yang selama ini menjadi buruan penagih dadah kerana dipengaruhi rakan sebaya.
“Namun, polis memberi amaran jika ada antara mereka yang ditahan atau didapati menggunakan pil itu tanpa nasihat doktor bertauliah, tindakan boleh diambil mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi semalam.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090429061328/Article/index_html
No comments:
Post a Comment