Feb 2, 09 10:43am |
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang. Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini. Semalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu. Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri. Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini. Penafian Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar hari ini. Sementara itu, Ahmad Adli yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan menerima surat itu dan akan menyerahkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk tindakan selanjutnya. Bernama juga melaporkan Nizar yang keluar dari kawasan dengan menaiki kereta rasmi barunya Toyota Camry bernombor plet AGS 10, hanya mengucapkan 'terima kasih, kita jumpa pada lain kali' kepada seorang jurugambar yang merakamkan gambarnya yang sedang melambai tangan kepada pihak media. Jamaluddin dan Osman menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan ermohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah. Perbicaraan kes berkenaan akan bermula di Mahkamah Sesyen di Ipoh selama tiga ari bermula 10 Februari ini. Ketika ini, Pakatan Rakyat Perak mempunyai 32 Adun termasuk Adun Bota, atuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lalu, manakala BN dianggotai 27 DUN. |
No comments:
Post a Comment