Saturday, February 7, 2009

Terkini: Zambry sah jadi MB Perak ke-11, Pakatan tumbang

06 Feb 2009 3:42PM

KUALA KANGSAR: Perak mempunyai Menteri Besar baru hari ini apabila Adun Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, di sini, tepat jam 4 petang tadi. 

Turut mengiringi baginda, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah serta Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. 

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

BERITA SEBELUMNYA

KUALA KANGSAR: Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebentar lagi.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor semalam diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam

Sementara itu, ribuan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di luar istana membantah upacara tersebut.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...