HARGA gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------
BUKIT MERTAJAM - Harga gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina berikutan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harga komoditi tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu telah naik di pasaran antarabangsa.
"Sebanyak 80 hingga 90 peratus bekalan gula kita adalah dari luar negara.
"Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lepas dan tahun ini kita ada kontrak baru dan harganya (gula) lebih tinggi daripada kontrak lama," katanya di sini semalam.
Menurut Shahrir, Malaysia mengimport gula secara kontrak yang diperbaharui setiap tiga tahun.
"Kita sedang mengkaji untuk mengekalkan harga lama atau kemungkinan menaikkannya sedikit. Perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

No comments:
Post a Comment