Thursday, February 19, 2009

45,000 jawatan kosong

45,000 jawatan kosong




KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepatkan proses pengambilan kakitangan awam untuk mengisi kekosongan sedia ada bagi mengatasi masalah pengangguran berikutan kegawatan ekonomi yang semakin meruncing.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah (gambar) berkata, satu mesyuarat akan diadakan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Isnin ini bagi meneliti dan merangka mekanisme bersesuaian untuk mengatasi perkara itu.

"Kita cuba bantu rakyat yang telah kehilangan kerja. Saya telah mengarahkan pegawai saya supaya mengumpul semua maklumat berkaitan kekosongan jawatan dari semua suruhanjaya termasuk dari tentera, polis, guru, kerajaan tempatan dan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini, semalam.

Setakat ini, seramai 15,000 orang dilapor kehilangan kerja manakala lebih ramai lagi dijangka akan menghadapi nasib yang sama dalam masa terdekat.

Murugiah berkata, terdapat 45,000 jawatan kosong di SPA tahun ini, walaupun Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam pada Ahad lalu dilaporkan berkata terdapat 20,000 jawatan yang perlu diisi.

"Setelah disemak, kita mendapati hanya ada 45,000 jawatan kosong tahun ini yang terbuka berikutan ramai yang akan pencen, dinaikkan pangkat dan berlakunya penstrukturan semula pada agensi-agensi," tambahnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...