Thursday, February 19, 2009

Hillary dedah peranan baru Indonesia


HILLARY berdiri dekat sekumpulan pelajar sekolah Indonesia selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta semalam.


JAKARTA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton semalam memberi petunjuk berhubung peranan baru Indonesia dalam pentadbiran Presiden Barack Obama.

Menurutnya, Obama mahu menjadikan Indonesia sebagai rakan utama dalam usaha AS untuk mendekati kebanyakan negara di dunia.

"Pastinya, Indonesia yang menjadi negara terbesar dunia, negara demokrasi ketiga terbesar dunia akan memainkan peranan utama dalam mempromosikan masa depan bersama," kata Hillary.

"Oleh itu, kami memandang ke hadapan untuk meningkatkan kerjasama kami dalam beberapa isu bersama," tambahnya yang dalam rangka lawatan ke negara itu.

Hillary merujuk kepada bidang seperti ekonomi global, perubahan cuaca, keselamatan dan hak asasi manusia.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar bersama Menteri Luar Indonesia, Hasan Wirajuda di Jakarta.

Obama pernah belajar di sekolah rendah di Indonesia dari 1967 hingga 1971 ketika mengikuti ibunya yang berkulit putih.

Ibunya ketika itu berkahwin dengan seorang rakyat Indonesia. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...