Thursday, February 19, 2009

Tuah kereta dari stesen minyak


DETIK gembira Noor Fatha bersama BMW 325i hadiah kemenangannya dalam Petronas Hot Cars, Cool and Cash di Kuala Lumpur semalam.


REZEKI BERGOLEK. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Noor Fatha Sinang, 40, setelah diumumkan pemenang hadiah utama kereta BMW 325i bernilai RM309,000 melalui promosi Petronas Hot Cars, Cool and Cash di Kuala Lumpur semalam.

Penolong pengurus sebuah syarikat itu antara pemenang daripada ribuan pelanggan yang membuat pembelian di stesen Petronas sepanjang Januari lalu.

Seorang lagi pemenang utama, Agustina Amiruddin, 26, pula tersenyum membawa pulang Honda Civic Hybrid bernilai RM130,000.

Selain hadiah utama, 124 pelanggan lain turut memenangi hadiah wang tunai bernilai RM50,000 (empat pemenang), RM10,000 (20 pemenang) dan RM1,000 (100 pemenang).

Empat pemenang RM50,000 ialah Gan Boon Keong, Idris Alis, Saiful Army Abdul Manaf dan Ragudevan Paskeran.

Penyertaan terbuka kepada pelanggan yang membuat pembelian minimum RM20 di mana-mana stesen minyak Petronas.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...