DUNGUN – Biarpun ramai pelaut tahu bahaya telur ikan buntal, takdir menentukan lima nelayan dalam sebuah bot di perairan Dungun terlupa mengenainya kelmarin.
Pada waktu mereka enak menikmati sajian tengah hari kari ikan buntal yang baru ditangkap, salah seorang daripada nelayan itu yang memasak juadah berkenaan terlupa membersihkan sisa racun pada telur ikan itu.
Dalam masa hanya sejam selepas makan, tekong bot dan empat awak-awak sudah berasa kebas dan pening.
Dalam keadaan mereka terlantar menahan kesakitan, tekong bot, Nordin Sulong (gambar kecil), 43, membuat keputusan untuk belayar pulang untuk rawatan.
Namun, tatkala seorang awak-awak, Khalid Jusoh, 52, memandu bot, Nordin yang berasal dari Kampung Teluk Bidara, di sini, meninggal dunia kira-kira 11.15 malam kelmarin.
Khalid yang juga tukang masak dalam bot ketika ditemui semasa mendapatkan rawatan di Hospital Dungun menceritakan, badannya terasa kebas dan pening sejam selepas makan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
No comments:
Post a Comment